THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, May 12, 2009

Jebat

Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images

Aku tak mencintai mu seperti mawar
ratna cempaka atau teluki yang terpancar dari kobar api

Aku mencintai mu seperti cinta yang terlindungi
dalam rahsia antara bayang dan jiwa raga

Aku mencintai mu seperti tumbuhan tak memekar
namun terkuntum di dalamnya bebunga cahaya
dan kerana anugerah cinta mu itu
terima kasih ..

Aku mencintai mu .. tanpa tahu bagaimana bila mana dan dari mana
Aku mencintai mu .. sesungguhnya tanpa curiga tanpa bangga
Aku mencintai mu .. kerana tiada cara lain lagi untuk mencinta

Cinta ini tidak mengecualikan aku dengan mu
begitu dekat hingga tangan mu di dada ku adalah tangan ku
begitu erat hingga pabila ku terlena .. terpejam jua mata mu ..



0 comments: